Wooden Spoon
Purple Onion

Kuey Teow Goreng Penang

  • 15 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Kuey Teow Goreng Penang
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 40 g Isi ayam, dihiris
  • 6 ekor Udang
  • 30 g Kek ikan, dihiris
  • 1 sudu besar Bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar Pes cili
  • 250 g Kuey teow
  • 2 biji Telur, dipukul
  • 40 g Tauge
  • 15 g Kucai
  • 1 sudu teh Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 sudu teh Sos tiram
  • 1 sudu besar Kicap pekat
  • ¼ sudu teh Lada sulah
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan-bahan untuk sos perasa dan ketepikan.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam, udang dan kek ikan. Goreng sehingga separuh masak. Kemudiannya, masukkan bawang putih dan goreng sehingga wangi. Seterusnya, masukkan pes cili dan diikuti dengan kuey teow dan goreng sehingga wangi.

  3. Tolak kuey teow ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau telur sehingga separuh masak lalu gaul bersama kuey teow. Kacau sebati dengan 4 sudu besar sos perasa.

  4. Akhirnya, masukkan taugeh dan kucai. Goreng 1 minit dan sedia dihidangkan.