Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Nasi Goreng Ayam

  • 25 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 100 g daging ayam, dihiris
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 20 g bawang putih, dicincang
  • 50 g sayur campuran beku, dicairkan
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 telur
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap hirisan ayam dengan 1 sudu teh Knorr SavorRich Ayam dan gula selama 10 minit.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak selama 3 minit.

  3. Masukkan sayur campuran dan nasi, gaul hingga rata.

  4. Ketepikan nasi. Pecahkan telur di tengah kuali, hancur dan kacau rata ke dalam nasi.

  5. Campurkan 2 sudu teh Knorr SavorRich Ayam dalam nasi, gaul rata dan goreng selama 2 minit. Perasakan dengan serbuk lada putih.