Nasi Goreng Nenas

40minit
2 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 150 gram nasi putih sejuk
  • 1 biji nenas
  • 20 gram isi ayam
  • 30 gram kacang gajus
  • 30 gram kismis
  • 1 biji telur
  • 50 gram udang - buang kulit kecuali ekor
  • 15 gram mentega
  • 10 gram bawang putih - cincang brp ulas
  • 1 sudu kecil Serbuk Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu

Bahan B:

  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil Serbuk Knorr Pasti Sedap

Langkah-langkah

1

Belah 2 nenas dan keluarkan isi nenas. Potong dadu dan ketepikan.

2

Masukkan mentega dan setelah cair, masukkan bawang putih. Tumis sehingga sedikit keperangan.

3

Masukkan telur dan kacau sehingga masak.

4

Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.

5

Masukkan nenas dan bahan B.

6

Masukkan nasi dan kacau rata.

7

Masukkan kismis, gajus dan kacau rata. Tutup api.

8

Pindahkan nasi ke dalam nenas yang disediakan tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Exit mobile version