Otak Otak Nyonya - Nak Makan Apa?

Otak Otak Nyonya

Simpan ke kegemaran anda

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 11, 2022

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis 6 Kiub 60g
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian

Untuk inti kastard

  • 1 Knorr Kiub Pati Ikan Bilis Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
  • 350 g Ketulan ikan tenggiri, dipotong kecil
  • 2 biji Telur
  • 3 sudu besar Tepung beras
  • 100 ml Santan
  • 8 helai Daun limau purut, dihiris nipis
  • 1 sudu teh Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar Gula perang

Untuk pes

  • 6 biji Cili merah, dibuang biji dan dicincang
  • 60 g Bawang merah
  • 10 g Bawang putih
  • 2 cm Lengkuas, dicincang kasar
  • 2 cm Kunyit, dicincang kasar
  • 2 batang Serai, dicincang kasar
  • 3 sudu besar Minyak masak

Untuk balutan

  • 24 helai Daun kaduk
  • 12 helai Daun pisang, potong saiz 12cm x 12cm Pencungkil gigi untuk mengekalkan bentuk

Langkah-langkah

1

Masukkan semua bahan-bahan untuk inti kastard ke dalam mangkuk dan campur dengan kisaran bahan-bahan pes sehingga sebati.

2

Didihkan air di dalam periuk dan lecur daun pisang sehingga lembut. Lipat menjadi kotak segi empat tepat dan tetapkan dengan pencungkil gigi. Ulangi langkah untuk semua daun pisang.

3

Letakkan 2 helai daun kaduk di dalam setiap kotak daun pisang dan isikan dengan campuran inti kastard, kemudian taburkan sedikit daun limau purut di atas.

4

Kukus dengan suhu tinggi selama 10-12 minit. Hidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.