Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Popiah Mini Mayo

  • 60 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Popiah Mini Mayo
Resipi Popiah Mini Mayo yang popular cukup mudah untuk dibuat sendiri dan sedap dihidang bersama masakan lain. Yang tak pandai masak boleh cuba juga.
  • 1 sengkuang, dihiris kasar
  • 40 g lobak merah, hihiris nipis
  • 50 g taugeh
  • 1 bawang, dicincang halus
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 6 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • ½ sudu besar minyak masak
  • gula, garam dan serbuk lada putih secukup
  • sedikit air
  • kulit popiah
  • minyak untuk menggoreng
  • 2 sudu teh tepung jagung + 2 sudu besar air
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masak hampir empuk.

  2. Masukkan taugeh, sedikit air dan didih selama 30 minit. Masukkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan perasa dengan gula, garam dan serbuk lada putih.

  3. Letakkan kulit popiah di atas permukaan yang bersih, sudukan inti popiah dan balut dangan kemas.

  4. Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung.

  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popiah sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat untuk tos minyak.

Tips nutrisi

Sayur-sayuran mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Mayonis Sebenar Lady’s Choice mengandungi lemak tidak tepu seperti Omega 3.