Resepi One Pot Broccoli Chicken Rice - Nak Makan Apa?

Resepi One Pot Broccoli Chicken Rice

Save to your favorites

Senang dimasak dan enak dimakan, hidangkan seisi keluarga anda resepi One Pot Broccoli Chicken Rice hari ini!

45min
6 Servings
Ringkas - Easy
~530kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|January 9, 2021

Ingredients

Needed for this recipe:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Buy online
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 1 biji Bawang Bombay, didadu
  • 600 g Daging ayam dada, didadu
  • 2 sudu besar Puri tomato tanpa garam
  • 4 sudu besar Bawang putih, dicincang
  • 2 cawan Beras
  • 2 cawan Air
  • 1 cawan Susu
  • 2 cawan Brokoli, dipotong kuntum kecil
  • 1 cawan Tomato ceri kuning dan merah, dibelah dua
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Nutritional tips

  • Selain serat diet, brokoli juga mengandungi folat. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah.
  • Tomato juga boleh dimakan mentah, dibakar, digoreng, atau dijadi sos dan jus.

Steps

1

Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang bambay hingga wangi. Masukkan ayam, puri tomato dan Knorr Kiub Pati Ayam. Gaul hingga sebati. Masukkan bawang putih dan goreng selama 1 minit.

2

Masukkan beras, air, susu dan rendahkan api. Tutup periuk dan renehkan selama 15 minit dan gaul sekali sekala.

3

Masukkan brokoli, tutup periuk dan renehkan hingga beras masak sepenuhnya.

4

Susunkan ceri tomato di atas nasi, tutup periuk dan masak selama 5 minit. Sedia dihidangkan.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.