Resipi Bebola Ayam

55minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Bebola Ayam yang paling mudah dan sedap

Bebola Ayam yang paling mudah dan sedap. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Ayam Bebola

  • 300 g ayam dicincang
  • ½ batang lobak berah, didadu
  • 1 cili merah, biji dikeluarkan dan didadu
  • ½ batang saderi, didadu
  • ½ sudu teh kicap
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih

Sup

  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia yang muda, dihiris
  • 1 batang kayu manis kecil
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu teh serbuk daun ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan
  • 1000 ml air
  • 1 biji kentang saiz sederhana, didadu
  • 1 batang lobak merah, dihiris
  • 2 cili
  • 1 batang saderi, dihiris
  • 6 biji cendawan butang, dipotong empat
  • 1 sudu besar lada putih (tambah lebih kalau suka)
  • Garam secukup rasa

Hiasan

  • Daun sup, dicincang kasar
  • Bawang goreng

Langkah-langkah

1

Gaulkan semua bahan ayam barbola dalam satu mangkuk. Perap dalam peti sejuk untuk 20 minit.

2

Panaskan minyak sayuran dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia untuk beberapa minit. Masukkan kayu manis, bunga lawang, serbuk daun ketumbar dan serbuk jintan. Gaul dengan baik

3

Seterusnya, tambahkan air, Kiub Pati Ayam Knorr dan biarkan ia mendidih. Masukkan ayam barbola dengan perlahan-lahan. Apabila ayam barbola mula terapung, masukkan kentang, lobak merah dan cili.

4

Apabila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan saderi dan cendawan. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.

5

Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.

Exit mobile version