Resepi Rendang Daging yang Simple dan Sedap - Nak Makan Apa?

Resepi Rendang Daging

Simpan ke kegemaran anda

Menyediakan Rendang Daging memerlukan masa, tetapi tidaklah susah. Jom tengok resipi sedap dan istimewa ini, amat mudah untuk diikuti.

1jam 50minit
6 Hidangan
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|April 11, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
Decorative Image

Bahan-bahan:

  • 1 kg Daging lembu, potong dadu
  • 3 cawan Santan kelapa
  • 15 Cili kering, kisar kasar
  • 4 batang Serai, hiris nipis
  • 10 Bawang merah, hiris nipis
  • 4 ulas Bawang putih, hiris nipis
  • 1½ inci Halia, hiris nipis
  • 4 helai Daun kunyit, racik halus
  • 1 sudu besar Minyak

Untuk perasa:

Langkah-langkah

1
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis cili kisar, serai, bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga wangi. Masukkan daging lembu dan santan kelapa.
2
Masak perlahan menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga daging lembut. Salah satu cara lembutkan daging dengan cepat adalah dengan memastikan periuk ditutup. Kemudian, kacau sehingga kuah hampir kering atau pecah minyak. Perlahankan api dan kacau lagi untuk elakkan daging menjadi hangus.
3
Cara masak rendang daging agar lebih sedap adalah dengan masukkan Knorr Kiub Pati Lembu, gula melaka, dan garam secukupnya.
4
Kacau dengan kerap selama 20 minit atau sehingga kuah hampir kering dan tekstur daging menjadi lembap.
5
Hiaskan dengan daun kunyit yang dicarik halus dan gaulkan. Siap untuk dihidangkan.
Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.