Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan

  • 25 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan
Sempurnakan lagi masa makan anda dengan resipi Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan yang rangup & ringkas Ini. Terbaik sekali bila dihidangkan dengan teh kegemaran semua.
  • 120 g biji cendawan Swiss, dihiris
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 4 keping roti mil penuh gourmet
  • 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • ¼ sudu teh serbuk daun ketumbar
  • 300 g buah alpukat, keluarkan bijinya dan hiris buahnya
  • 1 sudu teh serpihan cili
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Tumiskan cendawan dengan minyak zaitun di dalam kuali dengan api yang sederhana sehingga lembut. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Ketepikan.

  2. Bakarkan roti sehingga keemasan. Gaulkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice, serbuk daun ketumbar dan daun ketumbar dalam satu mangkuk.

  3. Sapukan 1 sudu besar gaulan Mayonis Sebenar Lady’s Choice di atas setiap roti bakar.

  4. Letakkan sedikit hirisan buah alpukat dan cendawan di atas roti bakar.

  5. Tambahkan sedikit lada hitam dan serpihan cili.

Tips nutrisi

Buah avokado mengandungi lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu adalah baik untuk kesihatan apabila dimakan dengan sederhana kuantiti. Cendawan mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Lengkapkan sarapan anda dengan meminum segelas susu segar atau jus buah segar tanpa tambahan gula.