Roti Bakar Bulgogi Ayam ala Korea

20minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Korean Chicken Bulgogi

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar

Untuk inti ayam:

  • 2 sudu besar Minyak untuk menggoreng
  • 450 g Paha ayam tanpa tulang, dipotong ketulan kecil
  • ¼ cawan Air soda
  • 3 sudu besar Kicap cair
  • 2 sudu besar Gula perang
  • 1 sudu teh Minyak bijan
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • 1 sudu teh Serbuk halia
  • ½ sudu besar Cuka beras
  • ¼ sudu teh Serbuk lada hitam

Langkah-langkah

1

Perap ayam dengan semua bahan-bahan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

3

Untuk menghidang, sapukan Lady’s Choice Mayonis Sebenar pada setiap keping roti. Letakkan sedikit daun salad di atas roti dan diikuti dengan bulgogi ayam dan taburkan sedikit daun bawang. Akhirnya, tutup dengan sekeping roti lagi. Hidangkan serta merta.

Exit mobile version