Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Roti Bebola Ayam Senang

  • 25 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Roti Bebola Ayam Senang
Mencari inspirasi baru buat hidangan anak dirumah? Cubalah resepi sub bebola ayam ini yang senang lagi menyelerakan!
  • 300 g Dada ayam, dicincang
  • ¼ cawan Serbuk roti
  • 1 sudu teh Campuran herba
  • 2 ulas Bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 4 Roti sosej dengan mentega tanpa garam
  • 1 cawan Daun bayam muda
  • ½ cawan Parutan keju parmesan dan keju cheddar
  • Minyak masak untuk goreng
  • 2 sudu besar Puri tomato tanpa garam
  • 2 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 2 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • ¼ cawan Air
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk bebola hingga sebati. Bahagikan campuran kepada 12 dan bentukkan bebola. Gorengkan bebola hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

  2. Di dalam kuali yang sama, rendahkan api dan masukkan puri tomato, Lady’s Choice Sapuan Ayam, Lady’s Choice Mayonis Sebenar, air, perisakan dengan serbuk lada sulah. Panaskan hingga mendidih. Kemudian, masukkan bebola dan reneh hingga masak sepenuhnya.

  3. Potong roti sosej dari atas, susunkan daun bayam muda dan 3 biji bebola di atas. Taburkan sos dan hias dengan keju. Sedia dihidangkan.

Tips nutrisi

Tambahkan daun salad kerana daun salad mengandungi nutrien yang baik untuk kesihatan seperti antioxidan. Roti sosej boleh diganti dengan roti gandum kerana roti gandum mengandungi lebih serat diet. Lengkapkan hidangan anda dengan jus buah-buahan segar tanpa gula atau susu segar.