

Resipi Roti Pita Ayam Panggang

Hidangkan resepi Roti Pita Ayam Panggang ini yang penuh berperisa dan mudah dihidangkan walaupun di waktu - waktu sibuk.
- 2 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
- 4 keping roti Pita, dipotong dua
- 2 biji Tomato, dihiris
- 1 biji Timun Jepun, dihiris
- Daun salad
- 2 keping Daging dada ayam
- 20 g Bawang putih, dicincang
- ½ sudu teh Paprika
- ½ sudu teh Serbuk lada hitam
- 2 sudu teh Lady's Choice Mayonis Sebenar
- ½ sudu teh Campuran herba

Langkah-langkah
-
Perap ayam dengan bawang putih, paprika, serbuk lada hitam, Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan campuran herba selama 30 minit. Bakar ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 12 – 15 minit.
-
Hiris ayam panggang dan salut dengan Lady’s Choice Sapuan Ayam.
-
Bakar roti pita di dalam ketuhar sehingga warna kuning keemasan. Letakkan daun salad, tomato dan timun ke dalam poket pita. Akhirnya, sudukan inti ayam ke dalam secukupnya. Hidangkan.
Tips nutrisi
Sapuan Ayam Lady’s Choise mengandungi lemak tidak tepu seperti Omega 3. Hidangkan roti pita yang sedap ini dengan teh. Teh tidak membekalkan kalorie apabila diminum tanpa gula dan susu.