Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Sandwich “Taco” Keju dan Kepingan Ayam

  • 15 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
lady's choice
  • 4 keping roti putih
  • 4 keping ham ayam
  • 4 keping keju Cheddar
  • 4 sudu besar daun salad, dihiris
  • 4 sudu besar ceri tomato kuning, didadu
  • 4 sudu besar ceri tomato merah, didadu
  • 1 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 2 biji epal merah, dibuang kulit, dipotong dadu halus danperah jus epal sampai kering
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Dalam mangkuk, campurkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan epal sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.

  2. Potong kerak roti dan meratakan roti dengan pin bergolek (rolling pin).

  3. Potong roti, keju dan ham ayam dengan pemotong bulat.

  4. Untuk menghidang, sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice ke atas roti, letakkan keju, kepingan ayam, sos epal mayo dan sayur-sayuran di atas.

  5. Lipat separuh untuk menyerupai “Taco”. Sedia dihidangkan.