Sotong Masak Kicap Pedas - Nak Makan Apa?

Sotong Masak Kicap Pedas

Simpan ke kegemaran anda

30minit
5 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 20, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

  • 750 gram sotong
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu cili kisar
  • Kicap lemak manis Secukupnya - 2 sudu besar
  • 1 sudu kecil Serbuk Perasa Knorr Pasti Sedap

Bahan Tumbuk :

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Langkah-langkah

1

Panaskan sotong di dalam kuali. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.

2

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.

3

Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili hidup dan bawang besar.

4

Masukkan serbuk perasa Knorr Pasti Sedap.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.