Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Sup Ikan Asam Pedas

  • 30 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resipi Sup Ikan Asam Pedas
Hidangan istimewa Sup Ikan Asam Pedas ini ringkas dibuat dan sesuai untuk penggemar makanan laut dan makanan pedas! Dimakan pula dengan nasi putih panas-panas, pasti digemari oleh semua.
  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 2 asam keping
  • 2 batang serai, diketuk
  • ½ cawan cili boh
  • 1½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar asam jawa + 1000 ml air (kacaukan dan keluarkan benih)
  • 1½ Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1 terung, dihiris
  • 5 batang bendi, dihiris
  • 1 bunga kantan, dipotong dua
  • Segenggam daun laksa
  • Garam secukup rasa
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan dipanggang
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan belacan dalam mesin pengisar.

  2. Panaskan minyak sayuran dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar, asam keeping dan serai sehingga berbau wangi.

  3. Tambahkan cili boh dan serbuk kunyit, tumis sehingga pecah minyak.

  4. Tambahkan air asam jawa dan Knorr Ikan Bilis Cubes. Apabila sup sudah mendidih, masukkan ikan, terung dan bunga kantan.

  5. Apabila ikan sudah masak, tambahkan garam secukup rasa. Masukkan daun laksa.

  6. Hidangkan selagi panas dengan nasi putih.

Tips nutrisi

Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan, tambahkan sayur-sayuran atau daun salad dalam hidangan. Lengkapkan hidangan anda dengan minimum yang lebih sihat seperti teh kosong.