Resipi Sup Tom Yam dengan Teh O Limau + Assam Boi - Nak Makan Apa?

Resipi Sup Tom Yam dengan Teh O Limau + Assam Boi

Simpan ke kegemaran anda

Pikatkan hati keluarga anda dengan resepi Resipi Sup Tom Yam dengan Teh O Limau + Asam Boi ini yang mudah, berkhasiat dan senang dibekalkan.

25minit
5 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 16, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati tomyum
Knorr Kiub Pati Tom Yam
Beli dalam talian
Decorative Image

Sup Tom Yam

  • 1 liter air
  • 2 batang serai, dihiris
  • 50 g lengkuas
  • 8 biji cili, dibelah dua memanjang
  • 500 gm udang, dibuang kulit dan ekor
  • 100 g cendawan butang, dihiris
  • 5 ekor kupang, dicuci bersih
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar perahan limau nipis (jika suka)
  • 2 tangkai daun ketumbar

Teh O Limau + Assam Boi

  • 1500 ml Air Panas
  • 6 uncang
  • 5 keping limau
  • 5 biji assam boi
  • 4 sudu besar gula

Langkah-langkah

1

Untuk “Sup Tomyam”, masak air hingga mendidih, masukkan Kiub Tom Yam Knorr, serai, lengkuas & cili. Kecilkan api dan renehkan.

 

2

Masukkan udang, cendawan, dan kupang. Masak selama 3 minit.

 

3

Masukkan daun limau purut dan gula, renihkan selama seminit lagi.

4

Masukkan perahan limau nipis jika suka. Hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

5

Untuk “Teh O Limau + Assam Boi”, didihkan >1500ml air. Tambah 6 uncang Lipton Uncang Teko Teh, 5 keping limau dan 5 biji assam boi dalam bekas. Tuangkan 1500ml air yang dididihkan dalam bekas. Bancuh uncang teh, limau dan assam boi selama 5 minit. Keluarkan uncang teh, limau dan assam boi daripada bekas. Tambah 6 sudu besar gula, kacau sebati dan hidangkan.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.