Resipi Sushi Stacks Tuna
- 1 cawan Nasi sushi
- 1 sudu besar Cuka beras
- 1 sudu besar Lady's Choice Sapuan Tuna
- Bijan hitam
- Minyak masak
- 1 Bawang besar, dicincang
- 1 sudu besar Cuka beras
- 1 sudu teh Gula perang
- 200 g Mangga, didadu
- ½ cawan Edamame, dikupas
- ½ Daun pudina, dicincang
- Garam dan serbuk lada sulah
- Bijan hitam
- 1 tin Serpihan tuna flakes di dalam air, dikeringkan
- 3 sudu besar Lady's Choice Sapuan Tuna
Langkah-langkah
-
Campurkan nasi dengan cuka, Lady’s Choice Sapuan Tuna dan bijan hitam hingga sebati. Biarkan sejuk.
-
Untuk salad, tuangkan bawang, cuka, gula, secubit garam dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan perap selama 5 minit. Kemudian, masukkan mangga, edamame dan daun pudina. Kacau sebati dan ketepikan.
-
Untuk campuran tuna, campur tuna dengan Lady’s Choice Sapuan Tuna hingga sebati.
-
Untuk sushi stacks, sapukan sedikit minyak masak pada 4 ramekin. Bahagikan salad kepada 4 dan sudukan ke dalam remekin, diikuti dengan campuran tuna dan ratakan. Kemudian, taburkan campuran nasi dan tekan hingga mampat. Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
-
Untuk menghidang, longgarkan sushi stacks dengan pisau tajam perlahan-lahan. Kemudian, terbalikkan remekin ke atas pinggan dan keluarkan remekin. Hias sushi stacks dengan daun pudina dan bijan hitam. Sedia dihidangkan.