Wooden Spoon
Purple Onion

Horlicks Udang Badam Rangup

  • 35 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Horlicks Udang Badam Rangup
  • 50 g Horlicks Original
  • 12 g Udang sederhana, dibuang kulit
  • 80 g Pes ikan
  • ¼ Sudu Teh Kecap Cair
  • ½ Sudu Teh Minyak Bijan
  • 1 Sudu Besar Tepung ubi kayu
  • 40 g Kepingan badam Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa Minyak untuk menggoreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap udang dengan 25g Horlicks Original dan perap selama 5 minit di dalam peti sejuk.

  2. Campurkan 5g Horlicks Original dengan pes ikan, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk lada sulah dan tepung ubi kayu sehingga menjadi pes. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

  3. Basahkan tangan, salutkan setiap udang dengan pes ikan dan biarkan ekor hujung udang terdedah. Kemudiannya, salut secara rata dengan kepingan badam.

  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga kuning keemasan. Angkat dan salut rata dengan 20g Horlicks Original. Hidangkan serta-merta.