Bahan-bahan
-
2 biji Epal merah, dihiris kasar
-
1 sudu besar Gula perang
-
130 g Bayam muda
-
1 biji Buah avocado, didadu
-
100 g Keju putih dengan zaitun
-
10 biji Tomato ceri, dibelah dihiris
-
50 g Timun Jepun, dihiris
-
30 g Kacang pistachio panggang (tanpa garam), dicincang
Untuk sos salad:
-
6 sudu besar Hellmann’s Smoky Thousand Island
-
3 sudu teh Jus limau nipis
-
¼ sudu teh Parutan kulit limau nipis
-
¼ sudu teh Serbuk lada hitam
Langkah-langkah
1
Campurkan epal dengan gula sehingga sebati dan bakar sehingga perang muda. Sejukkan.
2
Untuk sos salad, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
3
Letakkan semua sayur-sayuran dan epal bakar di atas pinggan hidangan. Taburkan kacang pistachio dan sos salad di atas. Sedia dihidangkan.