Resipi Wrap Ayam Gril

45minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Resipi Wrap Ayam Gril

Wrap Ayam Gril yang disukai ramai dan mudah untuk disediakan. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Ayam Gril

  • 3 sudu besar
  • 1 sudu besar sos buah plum
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 dada ayam tanpa kulit, lemak dikeluarkan dan dihiris
  • Lada hitam secukup rasa

Wrap

  • 120 g cendawan butang Swiss, dihiris
  • ½ cili besar merah, dihiris halus
  • ½ cili besar kuning, dihiris halus
  • ½ sudu besar minyak zaitun
  • ½ sudu teh serbuk bawang putih
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • ½ sudu teh serbuk daun ketumbar
  • 4 tortillas
  • ½ timun Jepun, dihiris halus
  • ½ lobak merah, dihiris halus

Langkah-langkah

1

Campurkan Lady’s Choice Real Mayonnaise, sos buah plum, sos tomato, minyak zaitun dan lada hitam dalam satu mangkuk. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam perap selama 20 minit.

2

Gorengkan ayam dalam kuali sehingga masak sepenuhnya.

3

Tumiskan cendawan, cili besar merah dan kuning dengan minyak zaitun, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam. Ketepikan.

4

Sapukan 1 sudu besar campuran Lady’s Choice Real Mayonnaise di atas setiap tortilla.

5

Letakkan sedikit timun Jepun, lobak merah, cili besar merah dan kuning dan cendawan yang ditumis ditengah-tengah tortilla. Seterusnya, letakkan sedikit ayam di atas. Gulungkan tortilla dengan ketat.

6

Wrap ini boleh dihidangan sejuk atau panas.

Exit mobile version