Makan dengan sihat, keluarga kekal sihat - Nak Makan Apa?

Makan dengan sihat, keluarga kekal sihat

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mac 20, 2020 Decorative Image

Wabak COVID-19 semakin menular di Malaysia. Ramai di antara kita telah mula mengambil langkah untuk menguatkan tubuh badan supaya dapat mencegah jangkitan virus tersebut.

Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan pada masa ini. Kita seharusnya membatalkan apa-apa rancangan untuk melancong dan mengelak kawasan awam sebanyak yang mungkin. Kita juga harus membasuh tangan dengan lebih kerap dan lebih menyeluruh.

Antara perkara paling penting yang kita boleh lakukan adalah menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga kita. Makanan yang seimbang dan penuh nutrisi sangatlah penting pada masa ini. Pemakanan yang sihat dan badan yang kekal terhidrat sangat mustahak untuk sistem keimunan kita. Inilah cara terbaik untuk badan kita melawan jangkitan virus dan bakteria.

Cubalah resepi-resepi enak yang tersedia di bawah. Kesemuanya mengandungi ramuan bernutrisi yang senang disediakan di rumah untuk keluarga kita.

Macaroni Sos Tomato dan Mayonis

Macaroni Sos Tomato dan Mayonis
Menu Macaroni Sos Tomato dan Mayonis. (Photo: NMA)

Lady’s Choice Mayonis Sebenar mengandungi Omega-3 yang amat bermanfaat untuk kesihatan badan. Mayonis juga sangat enak berkrim dan ini memberikan keenakan yang unik. Hidangkan santapan ini dengan jus oren segar atau teh hijau untuk khasiat yang lebih.

 

Sandwich Buah-buahan

Sandwich Buah Buahan
Sandwich Buah Buahan (Photo: NMA)

Buah-buahan mengandungi banyak vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika anda mahukan cadangan sarapan atau snek yang menarik untuk anda dan keluarga anda, cubalah resepi sandwich manis ini. Strawberi mengandungi vitamin C, mangan, folat dan kalium, manakala beri biru mengandungi serat yang tinggi, vitamin C dan vitamin K.

 

Sup Ayam dengan Cendawan Tiram

Sup Ayam dengan Cendawan Tiram
Sup Ayam dengan Cendawan Tiram. (Photo: NMA)

Sup ini sangat senang untuk disediakan. Sayur-sayuran yang banyak seperti cendawan tiram, jagung muda dan lobak merah menjadikan sup ini enak dan berkhasiat. Knorr Kiub Pati Ayam digunakan untuk membuat kuah sup ini, dan pati ini dibuat oleh ayam yang direbus dengan lama. Pati ayam ini akan menambahkan lagi kelazatan dan khasiat sup ini.

 

Nasi Bekal Brokoli dan Udang

Broccolli and Shrimp Rice Bowl
Nasi Bekal Brokoli Udang (Photo: NMA)

Kita memang harus menerapkan sayur dan buah yang banyak ke dalam pemakanan harian kita. Sekarang memang sangat penting untuk berbuat demikian. Kita boleh menggunakan superfoods seperti brokoli dan avokado di dalam hidangan ini. Brokoli tinggi dengan serat, antioksida yang melawan barah, dan vitamin C yang menolong penyerapan zat besi. Avokado pula sumber baik vitamin C, E, K, B-6, dan juga Omega-3 dan zat galian yang lain.

 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.