3 Tip Perkaya Nutrisi Sarapan dengan Mayonis - Nak Makan Apa?

3 Tip Perkaya Nutrisi Sarapan dengan Mayonis

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 23, 2019

Walaupun sarapan memainkan peranan penting buat tumbesaran anak-anak, kebanyakan ibu menghadapi cabaran dalam menyediakan sarapan yang penuh khasiat setiap hari. Ini mungkin disebabkan oleh dua faktor – kekangan masa atau kerenah si kecil yang cerewet.

Penyelesaiannya? Cubalah pendekatan kreatif dalam penyediaan sarapan supaya anak-anak lebih berminat untuk mencuba hidangan-hidangan yang serba berkhasiat. Contohnya, ibu-ibu boleh menjadikan hidangan lebih menarik dan lazat dengan menggunakan Lady’s Choice Mayonis Sebenar.

Diperbuat daripada ramuan asli bermutu, mayonis ini bukan sahaja kaya dengan Omega 3 (iaitu asid lemak penting dalam proses pembesaran kanak-kanak terutamanya perkembangan memori dan penajaman minda si kecil), tetapi ia juga mampu mendorong mereka mencuba makanan berzat yang lain.

Dengan pendekatan-pendekatan berikut, anda dapat menggandingkan mayonis bersama-sama sumber karbohidrat dan protein kegemaran anak-anak anda supaya mereka lebih cenderung untuk memakan hidangan yang lengkap dengan zat yang mereka perlukan.

 

1. Mulakan dengan resipi mudah

Memandangkan anda perlu bergegas setiap pagi, adalah lebih praktikal jika anda mengutamakan penyediaan makanan yang ringkas lagi enak. Cubalah resipi mudah seperti ‘salad telur hancur’, sandwich atau Gulungan Roti Tuna Mayo. Hidangan-hidangan seperti ini sangat sesuai untuk sarapan pagi anak-anak sebelum ke sekolah atau buat bekalan mereka semasa waktu rehat.

Gulungan Roti Tuna Mayo
Gulungan Roti Tuna Mayo (Photo:NMA)

 

 

2. Pelbagaikan menu dan hidangan

Kanak-kanak akan cepat bosan jika anda kerap kali mengulangi resipi sarapan yang sama. Perkenalkan kelainan dalam setiap sajian anda. Jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen dengan ramuan dan bahan-bahan baharu yang selalunya dijauhi oleh kanak-kanak seperti buah-buahan mahupun sayur-sayuran.

Sandwich Buah Buahan
Sandwich Buah Buahan (Photo: NMA)

 

 

3. Berikan imbuhan istimewa

Bagi memastikan kelangsungan tabiat ini dalam jangka masa panjang, dorong anak-anak anda dengan memberikan juadah istimewa sekali-sekala. Sajikan mereka dengan hidangan klasik seperti Wrap Ayam Gril yang mengiurkan. Supaya tidak terlalu bergegas di pagi hari, penyediaan inti ayam  boleh juga dibuat malam sebelumnya.

Wrap Ayam Grill
Wrap Ayam Grill (Photo: NMA)

Semoga tip-tip ringkas yang dikongsikan ini dapat mendatangkan manfaat kepada anda dalam usaha membesarkan anak-anak yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.