Apakah persamaan di antara ayam, daging, dan bayam? Selain sedap dimakan, ketiga-tiga makanan ini kaya dengan zat besi yang membantu diet anda. Kenapa kita perlukan zat besi di dalam pemakanan kita? Zat besi adalah mineral yang penting untuk semua orang dan diperlukan untuk menghasil sel darah merah dalam tubuh kita. Ia juga membantu menguatkan otot dan memainkan peranan penting untuk menyokong sistem imunisasi badan kita.
Amat penting untuk kita mengambil zat besi setiap hari. Menurut Kementerian Kesihatan, lelaki berusia 19 sehingga 65 tahun memerlukan 9 mg sehingga 14 mg zat besi setiap hari. Manakala wanita berusia 19 sehingga 50 tahun pula memerlukan 20 mg sehingga 29mg zat besi setiap hari1.
Dengan Knorr, Hellmann dan Lady’s Choice, menyediakan makanan yang kaya dengan zat besi bertambah mudah. Tahukah anda bahawa bahawa semua Kiub Pati Knorr kini diperkaya dengan zat besi ? Mari kita lihat empat makanan yang kaya dengan zat besi yang sesuai disediakan untuk anda dan keluarga.
1. Ayam
Jumlah zat besi untuk setiap 100grams: 0.9mg2
Warga malaysia memang cintakan ayam. Tidak kira ayam goreng, di dalam sup ataupun berkuah seperti Masak Lemak, ayam memang sedap! Cara untuk mendapat zat besi harian untuk badan anda adalah dengan memakan ayam
Kami mengesyorkan menggunakan perencah seperti Kiub Pati Ayam Knorr dan sos Mayonis Sebenar Lady’s choice dan Hellman’s Smoky Caesar untuk menghasilkan resepi-resepi ini:
- Ayam Buttermilk
- Sandwich Inti Ayam Limau
2. Daging
Jumlah zat besi untuk setiap 100grams: 1.94mg2
Daging merah seperti daging lembu adalah sumber zat besi yang baik. Walaupun anda tidak digalakkan memakan daging lembu setiap hari, pakar mengesyorkan satu atau dua hidangan daging setiap minggu.
Seperti ayam, daging juga adalah bahan masakan yang versatil. Ia boleh dijadikan tarikkan utama untuk sesebuah hidangan, atau sebagai hidangan sampingan yang lazat. Gunakan Kiub Pati Lembu Knorr untuk hidangan berikut:
3. Sayur dengan Protein
Jumlah zat besti untuk setiap 100grams: 0.69mg2
Sayur-sayuran adalah sumber zat besti yang baik, berbanding daging merah, sesuai dimakan setiap hari! Brokoli adalah contoh sayur yang sihat dan bernutrisi yang anda boleh masukkan ke dalam hidangan anda. Kandungan zat besi hampir sama banyak dengan ayam, berita baik untuk penggemar makanan vegetarian.
Kami mengesyorkan menggunakan Hellmann’s Triple Citrus Sauce dan Kiub Pati Ayam Knorr untuk menyediakan hidangan-hidangan lazat ini:
- Salad Kale dengan Ayam Bakar
4. Hidangan Vegetarian
Jumlah zat besi untuk setiap 100grams: 1.05mg2
Ingat bayam, ingat zat besi! Dengan kandungan zat besi yang tinggi, makanan kegemaran Popeye sepatutnya menjadi makanan kegemaran anda juga!
Seperti Brokoli, bayam jugak sayur yang versatil. Dengan bantuan Knorr dan Hellmann, hidangan-hidangan ini boleh disediakan dengan lebih mudah dan cepat:
Makanan yang kaya dengan zat besi adalah penting untuk tubuh badan kita. Apabila digabungkan dengan perasa yang sesuai, memang mudah menjadikan makanan ini lebih bernutrisi dan menyelerakan. Tambah sahaja sedikit Hellmann’s Miso Ponzu ke dalam salad brokoli anda.
TINJAUAN:
[S] Pilih makanan kegemaran anda yang kaya dengan zat besi
Option 1: Ayam
Option 2: Daging lembu
Option 3: Brokoli
Option 4: Bayam
Reference:
- National Coordinating Committee on Food and Nutrition Ministry of Health Malaysia Putrajaya. (2005). Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Retrieved from https://www.moh.gov.my/moh/images/gallery/rni/insert.pdf [Accessed January 30, 2022]
- US Department of Agriculture. (2021). Food Data Central. Retrieved from https://fdc.nal.usda.gov/ [Accessed February 2, 2022]
- The Center for Human Nutrition (CHN), Julia Zumpano, RD. (2020). Is Red Meat Bad for You: What to Consider & Know. Retrieved from https://health.clevelandclinic.org/is-red-meat-bad-for-you/ [Accessed February 2, 2022]